Dinding flat runtuh akibat letupan

Dinding pada bilik rumah tersebut runtuh menyebabkan seorang warga emas cedera. - Foto Ihsan Bomba
Dinding pada bilik rumah tersebut runtuh menyebabkan seorang warga emas cedera. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita cedera selepas berlaku letupan di rumahnya di tingkat 20 Flat Desa Green, Jalan Paya Terubong di sini hari ini.

Bomba masih menyiasat punca letupan dalam rumah tersebut. - Foto Ihsan Bomba
Bomba masih menyiasat punca letupan dalam rumah tersebut. - Foto Ihsan Bomba

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian pada jam 8.10 pagi itu, wanita berusia lingkungan 50-an itu mengalami kecederaan 15 peratus pada anggota badannya.

"Bomba terima panggilan pada jam 8.16 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebahagian dinding termasuk bahagian bilik di rumah tersebut sudah runtuh.

"Letupan itu mengakibatkan seorang warga emas cedera dipercayai terkena runtuhan dinding tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Dinding rumah mangsa runtuh akibat letupan dalam kejadian pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Dinding rumah mangsa runtuh akibat letupan dalam kejadian pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

Menurutnya, kesan daripada letupan tersebut juga terkena pada rumah jiran menyebabkan keretakan pada dinding.

"Keterangan awal saksi mengatakan, mereka terdengar letupan yang kuat dari rumah tersebut. Bomba masih menyiasat dan sehingga sekarang punca letupan belum dikenal pasti," katanya.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL