Tokan dicekup bersama heroin

Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang tokan dadah dicekup ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Sekendi, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, suspek lelaki berusia 34 tahun ditahan kira-kira jam 2.10 pagi oleh sepasukan polis dari unit Task Force Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

"Ketika menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya dihalang polis. Pemeriksaan dilakukan dan polis menemui dua peket plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki heroin.

"Dadah seberat 30.10 gram bernilai RM800 ditemui di dalam beg silang milik suspek," katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam, hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan narkotik dan jenayah.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: