Contohi model perpaduan di Sabah, Sarawak: Waytha Moorthy

Waytha Moorthy - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy hari ini menyeru rakyat Malaysia supaya mencontohi model perpaduan yang diamalkan di Sabah dan Sarawak berbanding ideologi sempit yang diperjuangkan sesetengah pihak untuk kepentingan sendiri.

Waytha Moorthy, menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial berkata, kepelbagaian dan keterangkuman ialah identiti Malaysia tanpa mengambil kira perbezaan latar belakang etnik dan agama masyarakat.

"Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Waytha Moorthy turut mengingatkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada istiadat pertabalan Seri Paduka pada 30 Julai lalu bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri kekuatan negara.

Sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini, Waytha Moorthy dalam kenyataannya mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu hati menghargai perpaduan dan menumpukan usaha mengukuhkan negara tercinta demi kebaikan semua warganya. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia