Misi bantuan tsunami terpaksa pulang awal

No Image Caption
A
A
A
BANTEN, INDONESIA - Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selatan Sunda bersama NGO Serantau Muslim terpaksa pulang awal daripada jadual atas faktor keselamatan.

Keputusan diambil ketua misi, Shamsul Anwar M.Busra selepas mendapat nasihat daripada wakil NGO di wilayah ini.

Hari ini, kerajaan Indonesia mengumumkan status gunung berapi Anak Krakatau naik ke paras kedua paling bahaya dan jarak waspada diluaskan kepada 5 kilometer.

Empat wakil daripada Serantau Muslim bersama tiga wakil Sinar Harian dan TV Alhijrah akhirnya bergerak meninggalkan Banten jam 11 malam waktu tempatan menuju ke Jakarta.

Keadaan hujan lebat sejak pagi bersama angin kencang menyukarkan misi penyerahan bantuan.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan misi akan diteruskan dalam masa terdekat selepas keadaan mengizinkan.