X

Kindly register in order to view this article
!

Kes buli: Polis ambil keterangan murid, ibu

Laporan Sinar Harian berhubung kes buli murid tahun tiga di sebuah sekolah di Ayer Hitam, Jerlun hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Polis telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes murid tahun tiga sebuah sekolah di Ayer Hitam, Jerlun di sini yang mendakwa dibuli.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya telah mengambil keterangan lanjut daripada murid berkenaan dan ibunya.

Mohd Ismail berkata, beberapa saksi turut diambil keterangan demi membantu siasatan kes tersebut.

"Kita memang ada menerima laporan polis berhubung kes terbabit. Setakat ini, kita ambil keterangan lanjut dari si ibu dan anaknya serta beberapa saksi.

"Kini, masih dalam tindakan dan siasatan," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas perkembangan kes buli melibatkan seorang murid.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Angah, 9, didakwa sering dibuli tiga murid lain sejak 2018 sehingga mengalami masalah tulang belakang dan menggunakan kerusi roda.

Mangsa yang merupakan murid tahun tiga sekolah rendah di Ayer Hitam, Jerlun itu mendakwa diperas ugut meminta wang saku dan ditendang di bahagian belakang dan paha.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid dibuli sehingga berkerusi roda

Pihak sekolah mohon maaf, terlepas pandang kes buli