15 kanak-kanak teruja melawat balai bomba

Kanak-kanak berpeluang menggunakan tiang kecemasan yang digunakan anggota bomba ketika menerima panggilan kecemasan.
Kanak-kanak berpeluang menggunakan tiang kecemasan yang digunakan anggota bomba ketika menerima panggilan kecemasan.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seramai 15 kanak-kanak daripada sebuah pusat penjagaan swasta di sini telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, kesemua kanak-kanak itu dibawa melihat dan belajar secara ringkas mengenai jentera serta peralatan bomba selain menyaksikan anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Kesemua kanak-kanak ini menghadapi cabaran luar biasa di mana ada di antara mereka pernah didera dan diabaikan, jadi mereka diambil dan ditempatkan di pusat penjagaan ini.

"Ada di antara kanak-kanak ini menyatakan minat untuk jadi anggota bomba, jadi saya bersama kakitangan pusat khidmat dan kerjasama pihak bomba dan penyelamat kita adakan program ini," katanya ketika ditemui pada program itu.

Anggota Bomba menunjukkan ketangkasan ketika demo menerima panggilan kecemasan kepada kanak-kanak yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya di sini.
Anggota Bomba menunjukkan ketangkasan ketika demo menerima panggilan kecemasan kepada kanak-kanak yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya di sini.

Beliau berkata demikian pada program kanak-kanak bersama bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia di Subang Jaya di sini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, program itu sekali gus memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang apa yang dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.

Artikel Berkaitan:

"Kita dedahkan dengan informasi cara menyelamat diri, Insya-ALLAH mereka akan dapat pengetahuan tentang perkara tersebut.

"Masa sama kita beri pendedahan mengenai fungsi dan tugas-tugas anggota bomba dalam menjalankan kerja menyelamat," katanya.

Jelasnya, dalam usia semuda itu penting untuk penerapan dalam diri kanak-kanak mengenai langkah keselamatan ketika kebakaran.

"Jadi pengetahuan ini dapat disemai dalam diri mereka dan menariknya kita mengajar mereka dengan cara santai yang mereka mudah fahami," katanya.

Kanak-kanak teruja mencuba aksi cara menyelamatkan diri ketika mengalami kebakaran.
Kanak-kanak teruja mencuba aksi cara menyelamatkan diri ketika mengalami kebakaran.