Ketua Polis Daerah Besut kena tetak

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zamri
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zamri
A
A
A

BESUT - Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi cedera akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian di hadapan rumahnya di sebuah taman perumahan di Kampung Padang Luas dekat Jertih tengah hari ini.

Difahamkan mangsa dipercayai ditetak oleh lelaki kurang siuman sebaik beliau pulang dari mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Mangsa dikejar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut sumber, mangsa cedera di jari tangan kanan dan bahagian belakang badan.

Artikel Berkaitan: