Motosikal hancur, pembonceng maut

Keadaan motorsikal mangsa di lokasi kemalangan depan masjid Ulu Pulai, pagi tadi. (Gambar kecil, pembonceng motosikal maut di lokasi kemalangan di depan masjid Ulu Pulai, pagi tadi.)
A
A

PONTIAN- Seorang pembonceng motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva di hadapan masjid Jalan Ulu Pulai, kira- kira jam 7.30 pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Md Nor Abdul Manap berkata mangsa Chong Jeen Yee, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal terbabit, Liong Kah Seng, 33, cedera parah.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa jenis Yamaha LC 135 hancur manakala sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Anggota bomba membantu mangsa di lokasi kemalangan di depan masjid Ulu Pulai, pagi tadi.
Anggota bomba membantu mangsa di lokasi kemalangan di depan masjid Ulu Pulai, pagi tadi.

Jelasnya, enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian kira- kira jam 6.29 pagi.

"Mangsa seorang wanita yang merupakan pembonceng disahkan maut oleh Pegawai Perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian.

"Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pemandu Viva masih belum dikenalpasti kerana telah dibawa sebelum ketibaan pihak bomba," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia