Lelaki OKU merangkak selamatkan anak kucing

Abu Fathiyyaturahma mengetepikan kekurangannya untuk menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
A
A

[VIDEO] MESKIPUN dirinya kurang upaya dan berkerusi roda, ia tidak menghalang seorang lelaki dari Sabah untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

Video pendek berdurasi dua minit 17 saat itu tular selepas Abu Fathiyyaturahma Menk Abdun Mujtahid, 30, memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya.

Abu Fathiyyaturahma yang juga atlet paralimpik negeri di bawah bayu itu dilihat merangkak turun ke cerun untuk mengambil anak kucing yang berpaut pada dinding longkang.

Difahamkan, Abu Fathiyyaturahma menemui haiwan tersebut ketika dia dan rakannya sedang dalam perjalanan menuju ke Kompleks Sukan Likas, Sabtu lalu.

“Anak kucing itu basah kuyup. Tak tahu sejak bila ia berada di situ. Saya cuba naikkannya ke atas dan Alhamdulillah kami dapat selamatkannya,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Katanya lagi, rakannya yang merakam video tersebut tidak dapat turun kerana dia juga merupakan orang kelainan upaya dan pengguna kaki palsu.

“Jadi saya buat keputusan untuk turun dan selamatkan anak kucing itu,” katanya.

Perkongsian Abu Fathiyyaturahma mendapat pujian netizen dan rata-rata pengikutnya turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatinannya itu.

Pagi td masa dalam perjalanan p kompleks sukan likas kami ternampak sekor ank kucing yg terjatu dalam longkang besar sedang berpaut kuat d dinding lokang dengan basah kuyup ntah dari bila lg dia d situ sy pun cuba naik kan kucing tu keatas alhamdulillah kami dpt bantu dia naik :) Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga Seorang oku pengguna kaki palsu dia tidak boleh turun utk slamatkan ank kucing tu jd sy buat kputusan utk turun slamatkan ank kucing tu

Posted by Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid on Saturday, August 10, 2019


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia