#QuranHour: Media akan terus bagi sokongan

Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abdul Jalil Ali (duduk tiga dari kanan) bersama Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah (duduk dua dari kiri) dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang (duduk tiga dari kiri) bergambar selepas selesai Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A

MALAYSIA #QURANHOUR

SHAH ALAM - Media yang turut serta bagi menjayakan Malaysia #QuranHour menyokong usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) untuk menjadikan kempen tersebut sebagai budaya bagi mencapai matlamat mengQurankan ummah.

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, pihaknya secara peribadi sebagai Muslim mengakui yang usaha dilakukan itu perlu disokong semua pihak termasuk media dan dilakukan secara berterusan.

“Bernama akan memberi komitmen dan contoh yang baik dalam menyebarkan kempen Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 30 Ogos depan.

“Seperti dimaklumkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, hasil sinergi media sebelum ini membolehkan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour mencatat 1.46 bilion capaian di media sosial seluruh negara.

“Ia sesuatu yang menakjubkan dan menandakan kempen ini telah berada di landasan yang betul. Jadi media termasuk Bernama akan terus memberi sokongan terhadap kempen ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menjayakan Sinergi Media sempena Malaysia #QuranHour di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah berkata, setelah menjadi antara media yang menjayakan kempen #QuranHour, pihaknya sedia untuk terus menyokong kempen tersebut kerana ia banyak memberi kebaikan kepada masyarakat.

"Utusan juga akan memasukkan hitungan hari menuju ke Malaysia #QuranHour berbentuk tulisan dan video sebagai tanda sokongan serta perhatian kepada pembaca,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinergi media jayakan #QuranHour


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia