Pembangkang dakwa DAP daulah terpendam sebenar

 Reezal Merican Naina Merican
Reezal Merican Naina Merican
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) digesa untuk memperbaiki hubungan antara kaum yang didakwa semakin melebar.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia dapat dilihat dengan wujudnya polemik berkaitan isu seni khat dan tulisan jawi ini.

“Aidiladha kali ini dihiasi dengan kenyataan pendokong kerajaan yang cukup mengecewakan malah ada yang mengaitkan pengenalan khat dan tulisan jawi ini sebagai langkah ke belakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengenalan seni khat, tulisan jawi perlu dibuat secara galakan

“Ironinya, kenyataan dan sindiran negatif ini diucapkan oleh ahli politik daripada satu parti sahaja iaitu DAP. Demikian jahil, bongkak dan angkuh kalangan ahli politik DAP ini.

"Mungkin ini cara mereka mengingatkan orang Melayu mereka sudah ada di koridor kuasa. Orang Melayu barangkali perlu membiasakan diri dengan sindiran lebih kasar dalam masa terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Reezal yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, atas desakan pihak tertentu, keputusan memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi terpaksa 'dilentur' kononnya atas dasar kerajaan yang prihatin dengan maklum balas rakyat.

“Inilah "deep state" sebenar. Ada daulah dan kuasa 'lain' yang membuatkan kerajaan semakin cacamarba. DAP inilah 'daulah terpendam' kerajaan mutakhir ini," dakwanya.

Artikel Berkaitan: