Masalah air saliran sawah perlu diperbaiki

Hashim menunjukkan hasil padinya yang kering disebabkan ketiadaan air di penanaman padi paya Setajam, di sini.
Hashim menunjukkan hasil padinya yang kering disebabkan ketiadaan air di penanaman padi paya Setajam, di sini.
A
A
A
ROMPIN - Pesawah di daerah ini merayu agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah sistem saliran konkrit yang dibina di kawasan penanaman padi paya Setajam yang mengalami masalah ketiadaan air sejak 2015.

Seorang pesawah, Hashim Buang, 41, berkata, sistem saliran konkrit yang dibina di kawasan tersebut sememangnya begitu gah dan baik untuk kegunaan pesawah di kawasan itu.

Namun, ada kawasan saliran konkrit itu hampir kering di samping ada di antaranya hanya ada air pada paras buku lali manakala kebanyakan kawasan sawah padi yang mula menuai sudah kering.

Hashim menunjukkan hasil padinya yang kering disebabkan ketiadaan air di penanaman padi paya Setajam, di sini.
Hashim menunjukkan hasil padinya yang kering disebabkan ketiadaan air di penanaman padi paya Setajam, di sini.



"Tiada air ini sangat memberi kesan teruk kepada petani yang ada antara tanah sawah telah merekah kerana ketiadaan air.

"Tiap-tiap tahun ada sahaja masalah... apa gunanya buat saliran yang cantik, kalau tiada air untuk kegunaan pesawah dan sekarang pesawah makin terbeban untuk menyara kehidupan.

"Kenapa air dilepaskan masa padi mula ditabur sahaja dan seperti musim lepas,ia dilepaskan bila padi sudah berbuah yang sudah tentu tidak memerlukan air yang banyak," katanya ketika ketika dihubungi di sini.

Katanya, kerja-kerja membaiki dan mengganti pam hanya dibuat ketika musim penamanan padi hingga petani merasakan mereka seolah-olah disabotaj.

“Masalah bekalan air yang berlarutan sejak lebih dua tahun itu bukan sahaja menjejaskan hasil padi tetapi meningkatkan kos meracun apabila banyak rumput mula tumbuh akibat ketiadaan air,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:


Sementara itu, seorang lagi pesawah, Alwi Ibrahim,63, berkata, pihak pesawah telah berkali-kali membuat aduan kepada pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang mengawal selia pengurusan sawah padi di situ tetapi tiada apa-apa tindakan dibuat bagi mengatasi masalah itu.

"Disebabkan itu ramai penduduk terpaksa membeli pam air atau pun hanya 'berputih mata' melihat padi yang ditanam tidak berhasil.

"Sebelum ini di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Pertanian tiada masalah saliran tetapi sejak IADA ambil alih setiap musim bermasalah.

“Saya tidak pernah mendapat setitik air hasil pembangunan yang dibuat IADA selama ini," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!