Westlife rayu bantu cari Nora Anne

No Image Caption
A
A
A

DALAM kemeriahan dan keterujaan untuk menghiburkan peminat setianya sempena konsert The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ in Kuala Lumpur, kumpulan Westlife sempat meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama membantu berkongsi maklumat bagi mengesan remaja hilang, Nora Anne Quoririn.

Anggota kumpulan berkenaan, Nicky Bryne berkata, mereka sangat terkejut apabila mendapat tahu berita mengenai kehilangan remaja berusia 15 tahun itu, yang juga merupakan rakyat senegara mereka, sebaik tiba di Kuala Lumpur tengah hari semalam.

No Image Caption

Malah ujar Nicky, mereka juga sudah berkongsikan berita duka itu dan maklumat mengenai Nora Anne menerusi akaun Instagram masing-masing.

"Kami berharap Nora Anne akan ditemui segera dan kepada sesiapa yang ada maklumat mengenainya, maklumkan kepada pihak berkuasa.

"Keluarganya sekarang pasti sangat bersedih dengan kehilangan itu.

“Saya pasti mereka akan menghargai segala bantuan daripada kamu. Terima kasih Malaysia,” katanya kepada 7,000 penonton di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, malam tadi.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Selain Nicky, Westlife dianggotai Shane Filan, Mark Feehily dan Kian Eagan.

Tambah Nicky, kehilangan Nora Anne begitu dirasai mereka kerana berasal daripada negara yang sama iaitu Ireland.

Nora Anne dilaporkan hilang daripada tempat penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak Ahad lalu.

Sehingga kini, gerakan dan usaha mencari masih giat dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak.