Siasatan KSU Motac: SPRM gesa blog henti kelirukan orang ramai

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan terhadap Ketua Setiausaha sebuah kementerian masih di peringkat awal siasatan.

Merujuk kepada laporan sebuah blog, SPRM menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh blog tersebut sebagai suatu yang tidak berasas serta mengelirukan orang ramai.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan masih di peringkat awal siasatan.

"Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak jangan membuat spekulasi yang tidak berasas," kata kenyataan itu, hari ini.

7 Ogos lalu, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak dipanggil SPRM bagi memberi keterangan.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada tindakan SPRM itu bagi siasatan berkaitan salah laku rasuah atau perkara lain kerana belum berkesempatan berjumpa Isham.

Blog berkenaan dalam laporannya mendakwa Isham telah menyalahguna kuasa dan membuat keputusan membelakangi menteri.

Artikel Berkaitan: