Lelaki bawa anak tiri redah semak beli dadah

Seorang lelaki (kanan) yang ditahan ketika membawa anak tirinya untuk membeli bekalan dadah di Telok Gong, Pandamaran Klang semalam.
Seorang lelaki (kanan) yang ditahan ketika membawa anak tirinya untuk membeli bekalan dadah di Telok Gong, Pandamaran Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki sanggup meredah kawasan semak dengan membawa anak tirinya semata-mata mahu membeli bekalan dadah mengundang padah apabila dia dicekup dalam Ops Sarang di Telok Gong, Pandamaran di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan air kencing mendapati dia positif dadah.

"Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu kita serahkan kepada keluarganya," katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan turut menahan seorang lelaki warga Myanmar.

Tempat melepaskan gian dadah di kawasan semak di Telok Gong, Pandamaran Klang diserbu semalam.
Tempat melepaskan gian dadah di kawasan semak di Telok Gong, Pandamaran Klang diserbu semalam.

"Seramai 11 lelaki berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.

"Polis telah merampas 0.127 kilogram syabu serta 6.08 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM10,500," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Difahamkan kawasan semak yang dijadikan sebagai port itu mula aktif semula sejak tiga bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 34 tahun disyaki pengedar dadah ditahan dengan rampasan dadah disyaki syabu seberat 0.12 kilogram serta wang tunai RM460 di Taman Pandamaran Permai Pelabuhan

Klang semalam.

"Tangkapan dibuat kira-kira jam 1 petang. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.