Roboh replika buku atas faktor keselamatan: DBP

DBP
DBP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memaklumkan kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat DBP hari ini, keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan. DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.

Kenyataan daripada DBP itu merungkai persoalan warganet yang mempersoalkan mengapakah replika tersebut yang berbentuk seakan rehal perlu dirobohkan.

Bahkan, ada pihak mendakwa ia dirobohkan kerana replika tersebut melambangkan imej Islam dan mendakwa ada pihak tidak senang dengan kewujudan replika tersebut.

Artikel Berkaitan: