Operasi SAR Nora Anne diteruskan walau hujan

Operasi mencari diteruskan walaupun kawasan di sekitar resort The Dusun, Pantai hujan lebat petang tadi.
Operasi mencari diteruskan walaupun kawasan di sekitar resort The Dusun, Pantai hujan lebat petang tadi.
A
A
A

NILAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja dari Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak Ahad lepas, diteruskan walaupun kawasan di sekitar resort The Dusun, Pantai di sini mengalami hujan lebat petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Sewaktu hujan jam 6.50 petang itu, kira-kira 10 pengamal media tempatan dan luar negara yang berada di lokasi bagi mengetahui perkembangan operasi terpaksa berteduh di bawah khemah yang disediakan berhampiran pintu masuk resort itu.

Ahad lepas, remaja perempuan yang mengalami masalah pembelajaran itu dilapor hilang selepas tiba bersama ibu bapanya dari London pada hari Sabtu untuk percutian dua minggu di resort The Dusun.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada jam 8 pagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Nicole Tan Lee Koon dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan negeri menyumbang makanan kepada petugas SAR, susulan timbul laporan mengenai kekurangan makanan buat petugas di kawasan berkenaan.

“Bekalan makanan berkurangan disebabkan jumlah pasukan SAR itu bertambah meningkat, namun perkara itu sudah diselesaikan.

Beliau seterusnya menyarankan individu atau syarikat untuk memberi sumbangan keperluan-keperluan lain seperti air mineral, minuman isotonik dan snek untuk anggota pasukan itu, dan memberitahu bahawa beliau sendiri secara peribadi telah menyumbang kira-kira RM2,000 bagi tujuan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Guna suara ibu kejutkan Nora Anne

Kronologi kehilangan Nora Anne Quoirin