Jawatankuasa Umno, Pas ditubuhkan

Ahmad Zahid memaut lengan barisan pimpinan pusat sempena nyanyian lagu teman sejati sempena program itu.
Ahmad Zahid memaut lengan barisan pimpinan pusat sempena nyanyian lagu teman sejati sempena program itu.
A
A
A
KUALA SELANGOR - Jawatankuasa khas Umno dan Pas akan ditubuhkan untuk kesinambungan kerjasama kedua parti demi perjuangan Melayu Islam.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa khas itu digerakkan di peringkat pusat untuk penganjuran program sosial bersama Umno dan Pas.

Menurutnya, penganjuran Perhimpunan Ummah dijangka pada 8 Disember ini menjadi sebahagian program bersama Pas untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan tanah air.

“Saya juga akan anjurkan perhimpunan sama di setiap negeri bagi menyemarakkan lagi jalinan kerjasama kedua parti sekali gus menaikkan semangat orang Melayu Islam.

“Jalinan kerjasama yang dimulakan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dengan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini berjaya memungkinkan semuanya,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata demikian selepas Perjumpaan Khas Presiden dan Pimpinan Tertinggi Umno Pusat ke Selangor di Kompleks Umno Bahagian Kuala Selangor.

Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim.