Terharu terima bantuan rumah

Norizan menerima replika kunci daripada Dr Afif (tengah) sebagai simbolik penyerahan bantuan rumah selepas keluarga mereka ditimpa musibah banjir tahun lalu.
Norizan menerima replika kunci daripada Dr Afif (tengah) sebagai simbolik penyerahan bantuan rumah selepas keluarga mereka ditimpa musibah banjir tahun lalu.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Kemusnahan tempat berlindung akibat bencana alam pada November tahun telah merubah kehidupan tujuh sekeluarga dalam sekelip mata.

Peniaga kecil, Ana Din, 45, berkata, selepas kejadian banjir itu, rumah mereka mengalami kerosakan teruk menyebabkan dia dan suami membuat permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara untuk membaiki keadaan rumah yang terjejas itu.

“Syukur hasil perbincangan dan penilaian akhirnya mereka bersetuju untuk bina semula rumah baharu atas tanah kami dalam tempoh masa enam bulan untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui ketika majlis penyerahan kunci Projek Khas Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pembangunan Desa bagi daerah Seberang Perai Utara di sini, baru-baru ini.

Ana berkata, dia mempunyai lima anak berusia antara enam hingga 22 tahun itu dan kesemuanya masih bersekolah dan suami, Mohd Zaki Bin Osman, 49, bekerja sebagai seorang kerani.

“Bersyukur apabila terpilih untuk menerima bantuan projek pembinaan rumah ini,” katanya.

Seorang lagi penerima, ibu tunggal, Norizan Ismail, 61, berkata, dalam kesempitan hidup dan kedudukan rumah pula agak uzur turut menyebabkan mereka juga terdedah ancaman bahaya setiap kali hujan lebat.

“Kami terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa dan takut kerana kebanyakan bumbung rumah mengalami kebocoran ditambah pula dengan tiang kayu yang semakin reput.

“Saya juga penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 setiap bulan bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan harian. Bersyukur sangat dengan bantuan yang diberi kerajaan negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, projek pembinaan semula rumah baharu melibatkan sembilan rumah membabitkan kos peruntukan RM365,040 manakala projek pembaikan rumah membabitkan lapan rumah dengan kos RM65,000 setiap satu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!