Ketua Eksekutif HK terus dapat sokongan China

Carrie Lam
Carrie Lam
A
A
A

BEIJING - Parti pemerintah China, Parti Komunis hari ini memberi isyarat menyuarakan sokongan kuat terhadap Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam yang kini berdepan desakan kumpulan protes untuk meletak jawatan.

“Semua bentuk perbuatan keganasan melangkaui demonstrasi secara aman. Tiada tamadun atau masyarakat yang ditadbir undang-undang boleh bertoleransi dengan perkara ini.

“Jawatankuasa pusat parti mempunyai keyakinan penuh terhadap Lam,” kata komentar dalam akhbar People’s Daily.

Semalam, Lam memberi amaran bandar raya tersebut kini menghampiri situasi sangat berbahaya selepas beliau menyifatkan demonstrasi itu sebagai cabaran terhadap kedaulatan China.

“Saya berani katakan mereka (penunjuk perasaan) cuba untuk musnahkan Hong Kong,” katanya. - AFP

Artikel Berkaitan: