Elak saman Reza pilih untuk berdamai

Pelakon, Reza Hasbi
Pelakon, Reza Hasbi
A
A
A

PELAKON, Reza Hasbi memohon maaf secara terbuka menerusi media kepada pihak sekuriti Hospital Sungai Buloh kerana menularkan video rakaman pertengkaran membabitkan dirinya pada 16 Julai lalu.

Reza mengambil pendekatan ini kerana sekuriti pihak hospital, Ag Mohd Noh Ag Samat juga telah memohon maaf kepadanya di atas kekasaran sikap dan bahasa semasa kejadian berlaku.

"Walaupun berlaku insiden tolak menolak semasa kejadian namun tiada pihak yang mengalami kecederaan dan kami berdua telah pun bersetuju untuk berdamai dan menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Ag Mohd termasuk pihak hospital. Saya berharap dengan permohonan maaf secara terbuka ini dapat diselesaikan secara baik tidak berpanjangan dan tiada saman menyaman," jelasnya kesal.

Pelakon itu turut mengakui kesalahannya apabila meletakkan kereta di kawasan larangan disebabkan bergegas untuk melihat isteri di was kecemasan akibat berdepan keguguran.

Artikel Berkaitan: