Ikan koi paling mahal bernilai RM7.27 juta

Ikan koi hidup bernilai RM7.27 juta.
Ikan koi hidup bernilai RM7.27 juta.
A
A
A

HIROSHIMA - JEPUN. S Legend atau lebih dikenali ikan koi warna putih dan merah menjadi ikan hidup paling mahal pernah dijual.

Harga ikan sepanjang 101 sentimeter itu, bernilai AS$1.8 juta (RM7.27 juta) berbanding rekod dahulu bernilai lebih AS$1.3 juta (RM5.43 juta).

Ikan koi jenis Kohaku ini dari baka berkualiti, dibeli oleh seorang pengumpul dari Jepun ketika satu acara bidaan di pusat ternakan ikan Saki di Hiroshima.

Memiliki kualiti terbaik, ikan koi betina berusia sembilan tahun ini pernah memenangi hadiah pertama dalam pertunjukan ikan koi berprestij malah disebut akan mengekalkan kejuaraan pada tahun ini.

Peminat dan pengumpul koi kini dijangka terbang dari seluruh dunia untuk melihat ikan paling mahal itu.

Ikan koi mempunyai lebih 12 jenis di mana Kohaku adalah ikan koi yang paling popular dan paling berharga.

Jepun adalah pengeluar ikan koi terbesar di dunia dengan 90 peratus pengeluaran bertujuan untuk eksport.

Pada tahun 2016, eksport Koi menguntungkan lebih daripada AS$35 juta (RM146 juta). - Odditycentral

Artikel Berkaitan: