Siti Safiyah tekad pertahan kilauan emas Kejohanan Dunia

Atlet boling Selangor Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ketika beraksi pada Kejohanan Boling Kebangsaan Edisi ke- 43 di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya kelmarin. - Foto Bernama
Atlet boling Selangor Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ketika beraksi pada Kejohanan Boling Kebangsaan Edisi ke- 43 di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya kelmarin. - Foto Bernama
A
A
A

SELEPAS menjuarai Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 kelmarin, pemain elit wanita negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman kini berazam mengulangi pencapaian meraih pingat emas pada Kejohanan Wanita Dunia 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat mulai 22 hingga 30 Ogos ini.

Selain sasaran mempertahankan emas acara berpasukan, pemain berusia 28 tahun itu turut menyasarkan pingat dalam acara lain selepas merangkul perak acara All-Events pada Kejohanan Dunia 2017.

Pemain dari Selangor itu bersama Shalin Zulkefli, Sin Lin Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan mengakhiri penantian 10 tahun apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Dunia 2018 selepas menewaskan Singapura di pentas final dengan keputusan 214-209 dan 188-177 jatuhan pin.

Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman

“ Kami sedang melakukan latihan secara intensif hampir sebulan dengan mencuba pelbagai corak lontaran. Secara peribadi, saya mahu mencuba memenangi pingat dalam acara lain seperti acara individu, beregu atau trio, kalau boleh dalam semua acara.

“Kami telah memenangi emas acara trio pada Sukan Asia 2018, jadi saya ramal kami ada peluang di Las Vegas nanti,” katanya selepas dinobatkan juara Terbuka Malaysia malam kelmarin.

Siti Safiyah mengakhiri penantian selama 10 tahun untuk merampas semula kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kedua apabila mengalahkan Natasha 200-182 jatuhan pin pada final step-ladder di Mega lanes, Sunway Pyramid.

Pada Kejohanan Dunia di Las Vegas, Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) mernyenaraikan Siti Safiyah, Li Jane, Natasha, Esther Cheah, Syaidatul Afifah dan pendatang baharu, Nerosha Keligit untuk menggalas cabaran negara.

Artikel Berkaitan: