Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi.
Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menerusi komen netizen, rata-rata memuji tindakan baginda itu yang disifatkan seorang sultan berjiwa rakyat.
"Tangan Tuanku memegang biji tasbih. Allahuakbar," tulis afiqzambri pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Agong bantu mangsa kemalangan di Putrajaya
"Allahuakbar... alhamdulillah kita dikurniakan Agong yang berjiwa rakyat. Dunia dicari akhirat tetap dikejari," komenazimah2409 pula.
"Alhamdulilah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat...," tulis ymkingsayuti.
Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Sebelum ini pada 26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila banginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pengampunan bersyarat Najib: Anwar tegas pertahan prinsip banteras rasuah
26 September 2026 11:29pmNegara hidup bermasyarakat tempang jika dipacu kemarahan - Anwar
26 September 2026 11:00pmJangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran bantuan kerajaan - Fahmi
26 September 2026 07:12pmAnugerah MIHAS 2026 angkat inovasi, pendigitalan industri halal
26 September 2026 06:55pmNovel fizikal tidak akan mati, penulis perlu kreatif ikut perubahan zaman
26 September 2026 06:44pmPelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli
26 September 2026 08:04amPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan
26 September 2026 12:06pmKian Ming ramal Zahid PM ke-11, Selangor tumbang
26 September 2026 09:00amPelajar maut di asrama: Kes dipercayai berpunca kerana langgar peraturan sekolah - Polis
26 September 2026 09:11pmRempuh anggota polis trafik: Pencuci kereta direman lima hari
26 September 2026 12:57pm- Iklan -- Iklan -
