MAQIS rampas isi kelapa sejuk beku

Pegawai MAQIS melihat isi kelapa putih sejuk beku yang ditahan.
Pegawai MAQIS melihat isi kelapa putih sejuk beku yang ditahan.
A
A
A

BATU PAHAT – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menahan isi kelapa putih sejuk beku di Tapak Pemeriksaan Jeti Right Base, Kampung Minyak Beku di sini Khamis lalu.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pihaknya mendapati pengimport membawa masuk produk tersebut yang tidak mematuhi syarat import yang dinyatakan dalam permit import (IP) yang dikeluarkan oleh MAQIS.

"Permit import yang dikeluarkan menyatakan jenis dan kuantiti yang diluluskan bagi suatu pengimportan dan di dalam permit tersebut juga dinyatakan jenis rawatan yang perlu dilakukan, pengisytiharan tambahan dan keperluan lain yang perlu dipatuhi oleh pengimport.

"MAQIS akan sentiasa memantau pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, hasil laut dan berkaitan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pengimport akan didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011dan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Katanya, bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: