Pencenkan 'barua' dalam UMNO: Ku Li

Tengku Razaleigh (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Ahmad Zahid selepas menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Sungai Sumun di sini hari ini.
Tengku Razaleigh (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Ahmad Zahid selepas menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Sungai Sumun di sini hari ini.
A
A
A

BAGAN DATUK - UMNO digesa mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin dan ahli yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

Gesaan itu dibangkitkan Pengerusi Jemaah UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Menurutnya, disiplin dalam parti perlu diperkuatkan tambahan UMNO sudah bekerjasama dengan Pas.

"Orang yang tak boleh berkhidmat kepada parti pencenkan dia. Kita tak mahu ada duri dalam daging, barua dalam parti kita. Apatah lagi Pas sekarang bersama dengan kita.

"Kita kena tengok supaya kedudukan kita kukuh, kuat dan bersatu bersama-sama rakan komponen serta rakan baru kita Pas," katanya ketika berucap di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, di sini hari ini.

Tengku Razaleigh turut diberikan penghormatan menanam sepokok kelapa jenis matag di perkarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk sambil diperhatikan Ahmad Zahid.
Tengku Razaleigh turut diberikan penghormatan menanam sepokok kelapa jenis matag di perkarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk sambil diperhatikan Ahmad Zahid.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan pemimpin UMNO di peringkat pusat dan negeri.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh turut menasihati ahli dan pemimpin UMNO supaya tidak menjadi tali barut kepada musuh.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, orang UMNO tidak seharusnya membiarkan diri diperalat orang dalam keadaan parti terus dicemuh.

"Oleh itu saya suka menasihati jangan jadi tali barut org lain. Jangan jadi terlampau bodoh biar orang peralat kita.

"Jangan biar orang terus mencemuh kita. Sebab nak jaga jawatan. Kita mesti rela berkorban," katanya lagi.

Tengku Razaleigh berkata, pemimpin dan ahli UMNO tidak seharusnya menunjukkan mereka lemah dan berpecah.

Katanya, tindakan itu akan menyebabkan orang lain terus memandang rendah dan mencemuh UMNO.