Lif terhempas: KPKT tunggu laporan penuh

Raja Bahrin (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian Majlis Pelancaran Program Aspirasi Merdeka 2019 di Muzium Terengganu, di sini hari ini.
Raja Bahrin (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian Majlis Pelancaran Program Aspirasi Merdeka 2019 di Muzium Terengganu, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung kejadian lif yang terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur hingga menyebabkan lapan cedera, semalam.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan laporan siasatan itu akan diperoleh dalam tempoh sehari dua lagi.

Menurutnya, buat masa ini siasatan terperinci sedang dilakukan pasukan teknikal bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Apa yang berlaku amat mendukacitakan. Kita harap insiden ini akan menjadi satu pengajaran bahawa kita tidak boleh hanya mengharapkan pemantauan berkala sahaja. Kita juga perlu maklum balas lebih kerap dan terkini untuk mengetahui apa masalah yang berlaku.

“Sudah tentu kita akan ambil tindakan lebih terperinci untuk memastikan penyelenggaraan ini dilakukan dengan lebih teliti supaya peristiwa ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Aspirasi Merdeka 2019 di Muzium Terengganu, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan cedera lif jatuh dari tingkat lima PPR Kerinchi

Lif terhempas ibarat aksi filem hanya mampu istighfar

DBKL biaya kos rawatan mangsa lif terhempas


Artikel Berkaitan: