Panelis debat enggan lihat wajah penyampai Muslim dikecam teruk

Pengasas organisasi Hum Hindu, Ajay Gautam enggan melihat wajah penyampai Muslim ketika satu sesi debat.
Pengasas organisasi Hum Hindu, Ajay Gautam enggan melihat wajah penyampai Muslim ketika satu sesi debat.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang pengasas sebuah organisasi di India dikecam teruk gara-gara enggan melihat wajah seorang penyampai Muslim dalam satu sesi debat yang disiarkan secara langsung.

Pengasas organisasi Hum Hindu, Ajay Gautam, dijemput ke saluran berita News24 sebagai panelis bagi membincangkan insiden yang berlaku di Madhya Pradesh beberapa hari lepas apabila seorang pelanggan aplikasi penghantaran makanan, Zomato, enggan menerima penghantaran makanan yang dibuat seorang lelaki bukan beragama Hindu.

Ketika segmen debat tersebut disertai seorang lagi penyampai Muslim bernama Saud Mohammad Khalid, Gautam bertindak menutup matanya dengan tangan.

Tidak dapat dipastikan berapa lama Gautam berbuat demikian namun video tersebut kini tular di media sosial India.

Ramai pihak mengecam Gautam kerana tindakannya yang dianggap bongkak sementara beberapa pengguna laman sosial berpendapat lelaki berkenaan tidak seharusnya dijemput. - Agensi

Artikel Berkaitan: