Bertumbuk dalam masjid angkara duit!

Paparan skrin video jemaah bergaduh dipercayai di sebuah masjid di Sandakan, Sabah tular di Facebook.
Paparan skrin video jemaah bergaduh dipercayai di sebuah masjid di Sandakan, Sabah tular di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah klip video pendek memaparkan sekumpulan lelaki bertelagah dalam dialek Sabah sebelum berlaku aksi tumbuk-menumbuk di ruang solat sebuah masjid dipercayai di Sandakan, Sabah menjadi tular di Facebook hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika jemaah ingin menunaikan solat Jumaat, semalam.

Menerusi perkongsian yang tular itu, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan jemaah bertanyakan mengenai kewangan masjid yang didakwa tidak telus.

Video berdurasi tiga minit 13 saat bermula dengan seorang lelaki berbaju Melayu berwarna hijau bertekak dengan seorang jemaah lain sebelum menerpa dan menumbuk muka jemaah terbabit.

Kejadian menjadi kecoh apabila sekumpulan jemaah lain turut serta dan menolak lelaki berbaju Melayu hijau itu sebelum dileraikan beberapa jemaah.

Sekumpulan jemaah meminta lelaki terbabit keluar dari masjid bagi meredakan keadaan.

Seorang lelaki dipercayai pengerusi masjid tampil dan meminta jemaah bertenang serta menghormati masjid.

“Minta jemaah bertenang, hormati masjid. Perkara ini sudah disampaikan kepada pengarah (jabatan agama).”

Artikel Berkaitan: