Lif terhempas: Pemilik boleh didakwa

Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima semalam.
Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik dan firma yang kompeten boleh didakwa jika terbukti gagal memastikan lif penyelengaraan berada dalam keadaan baik sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, pemunya bertanggungjawab dalam memastikan lif diselenggara secara berkala dan mempunyai kontrak selenggaraan dengan firma yang kompeten sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan.

Mengulas kejadian sebuah lif terhempas yang menyebabkan lapan individu termasuk seorang kanak-kanak cedera di PPR Kampung Kerinchi, petang semalam, JKKP memaklumkan siasatan kemalangan mula dijalankan malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/41155/BERITA/Tragedi/Lapan-cedera-lif-jatuh-dari-tingkat-lima-PPR-Kerinchi

Katanya, siasatan dilakukan pegawai penyiasat JKKP Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Adalah menjadi tanggungjawab pemunya untuk memastikan lif berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

"Selain itu, pemunya juga perlu memastikan lif mempunyai sijil

perakuan yang sah untuk dikendalikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutama melibatkan pekerja, orang awam mahupun harta benda.

"Pemunya dan firma yang kompeten boleh didakwa jika terbukti gagal untuk pastikan lif dalam keadaan baik sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan lapan individu cedera apabila lif dinaiki mereka mengalami kerosakan dan jatuh dari tingkat lima di PPR Kerinchi, Pantai Dalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki, manakala, empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki.

Lif yang bergerak turun dari tingkat lima dilapor tiba-tiba bergerak laju dan berhenti secara mendadak di aras satu.

Kesemua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.