Berpantang maut sebelum ajal!

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta di PJS 9 di sini awal pagi tadi.
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta di PJS 9 di sini awal pagi tadi.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandu yang terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal terbakar di Jalan PJS 9/1, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan insiden pada jam 3.59 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

"Sebaik tiba, anggota bomba dapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Aeroback.

"Sebelum kejadian itu, pemandu yang dipercayai mabuk telah berlanggar dengan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Kerja pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan satu aliran hose reel pam jentera hingga api padam sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: