Indonesia tarik amaran tsunami

A
A

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan pulau Sumatera dan Jawa hari ini.

Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) dalam kenyataannya berkata, penarikan semula amaran berkenaan dibuat bersesuaian dengan standard prosedur operasi (SOP) agensi berkenaan.

Menurut Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati peringatan awal tsunami kelazimannya akan ditarik balik selepas dua jam jangkaan awal musibah itu akan melanda.

Pada pukul 7.03 malam (waktu tempatan), Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud pada kedalaman 10 kilometer dan berpusat di barat daya Sumur, Banten.

Susulan itu, BMKG turut mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.

Gegaran turut dirasai di Jakarta dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dalam gempa bumi itu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Gempa kuat gegar Banten, Indonesia keluar amaran tsunami

Gempa di Jakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat