Wanita dikhuatiri terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita dikhuatiri terjatuh Jambatan Pulau Pinang pada jam 5 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, wanita berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menuju ke bandar (kawasan pulau).

Menurutnya, wanita tersebut dilihat terjatuh oleh orang awam selepas meninggalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di tepi jambatan.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dan BBP Jalan Perak telah ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) sejurus sampai di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, mangsa telah dijumpai selamat di Straits Quay di sini kira-kira jam 10 malam tadi.

Mangsa kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: