Tulisan khat: KPM akan keluar kenyataan media

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) memotong kek selepas merasmikan Majlis 10th University Scholars Leadership Symposium (USLS) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) memotong kek selepas merasmikan Majlis 10th University Scholars Leadership Symposium (USLS) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung cadangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Perkara itu disahkan menterinya, Dr Maszlee Malik yang turut enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung bantahan daripada pemimpin akar umbi DAP.

"Kita akan keluarkan kenyataan media," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada 10th University Scholars Leadership Symposium 2019, di sini hari ini.

Kelmarin, seramai 138 pemimpin akar umbi termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu berkata, pelajar sekolah vernakular setakat ini telah mempelajari tiga bahasa dan tiga sistem penulisan.

Kumpulan itu turut berkata, pihaknya mengakui tulisan khat mempunyai nilai artistik tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dijadikan sebagai dasar.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Jelasnya, perkara itu tiada kaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Artikel Berkaitan: