Zakiah Hanum meninggal dunia

Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid
Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara pertama dan wanita tempatan pertama menerima anugerah Ramon Magasay, Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Pantai kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal berita, anak Allahyarham, Farha Mohd Nor berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut Farha, Allahyarham mempunyai dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tujuh cucu hasil perkahwinan dengan Datuk Mohd Nor Ismail.

Allahyarham, 82, merupakan wanita pertama yang menjadi Ketua Pengarah dalam jabatan kerajaan dan banyak memberi sumbangan kepada negara khususnya dalam memartabatkan budaya Melayu.

Allahyarham juga merupakan individu yang memberi ilham untuk membina Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka dan Pustaka Peringatan P. Ramlee sebagai satu daripada usaha untuk mengingati, mendokumentasikan serta mempamerkan kepada umum sumbangan tokoh negara.

Artikel Berkaitan: