Air mata mama pun gugur bila tengok anak begini

No Image Caption
A
A
A
PELAKON, Datin Almy Nadia, memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar anak bongsunya cepat sembuh dari demam kuning.

Puteri kesayangan Almy dan suami, Fizz Fairuz, iaitu Nurafrina Ayra, kini berusia seminggu lebih, berkata, pada masa sama dia juga sudah mencuba pelbagai petua.

"Punya lari tak nak admit, tak nak sewa benda alah ini untuk anak, akhirnya tewas dengan mama dia tewas.

"Segala petua buat, mandi air kucai lah, air gula batu lah, hari ini terpaksa sewa kat umah sebab tak nak admit.

"Air mata mama pun gugur bila tengok anak kena duduk dalam ni. Doakan my little princess Ayra cepat sembuh ya dari demam kuning ni semua, amin," tulis Almy di Instagram.

No Image Caption



Dalam posting sebelum ini, Almy dan suami sepakat akan mendedahkan wajah penuh Ayra selepas habis tempoh berpantang.

No Image Caption



"Alhamdulillah hari ini (Sabtu) genap hari ketujuh my little princess.

Artikel Berkaitan:


"Jadi dikesempatan ini saya perkenalkan dulu namanya, NURAFRINA AYRA.

"Foto penuh akan diupload oleh mama atau papa lepas 44 hari pantang. Oleh sebab itu, uncle n aunty sabar dan jangan nak kecam-kecam bagai okay, sabar," katanya.

Almy dan suami, mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan dua orang zuriat, Arianna, 3, dan Aurora, 1.