Perkeso buru pemandu teksi, e-hailing belum daftar SKSPS

John (tiga dari kiri) melepaskan pegawai Perkeso pada Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso hari ini.
John (tiga dari kiri) melepaskan pegawai Perkeso pada Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) buru pemandu teksi dan e-hailing yang masih belum mendaftar atau mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) melalui Ops Patuh yang bermula hari ini.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John R Marin berkata, operasi selama sebulan itu melibatkan penguatkuasaan di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Menurutnya, ia lanjutan daripada operasi pemutihan yang turut berlangsung selama sebulan sebelum berakhir 31 Julai lalu.

"Kegagalan pemandu teksi dan e-hailing mendaftarkan diri sebagai pencarum SKSPS berdepan dengan notis kompaun atau didakwa.

"Namun di peringkat permulaan Perkeso akan memberikan notis amaran sahaja untuk mereka datang ke Perkeso dan membuat pendaftaran dalam tempoh tujuh hari selepas notis dikeluarkan," katanya pada Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso di sini hari ini.

John (tiga dari kiri) melepaskan pegawai Perkeso pada Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso hari ini.
John (tiga dari kiri) melepaskan pegawai Perkeso pada Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso hari ini.

John berkata, penguatkuasaan yang dilakukan bertujuan menjaga perlindungan sosial pekerja bukan mengaut keuntungan.

"Dengan caruman serendah RM13.10 sebulan, ia dapat menjaga kebajikan keluarga pencarum sekiranya dia ditimpa musibah, kemalangan hingga hilang upaya atau meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

"Tambahan pula pekerjaan mereka terdedah dengan risiko kemalangan. Statistik kemalangan menunjukkan 48 peratus kemalangan adalah di bawah kategori perjalanan iaitu melibatkan bencana kerja," katanya.

Terdahulu katanya, Perkeso memberikan kelonggaran selama dua tahun sejak SKSPS diperkenalkan untuk hebahan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

John (dua dari kanan) pada sidang media Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso Kuala Lumpur hari ini.
John (dua dari kanan) pada sidang media Ops Patuh SKSPS di bangunan Perkeso Kuala Lumpur hari ini.

"Kurang 10 peratus kelompok ini yang mendaftarkan diri sejak diperkenalkan. Operasi pemutihan meningkatkan jumlah pendaftaran sebanyak seratus peratus atau sehingga 20,000 pendaftar bulan lepas.

"Setakat ini sebanyak 32,789 pemandu teksi dan e-hailing telah mendaftarkan diri namun jumlah ini jauh lebih rendah berbanding keseluruhan pemandu perkhidmatan ini yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat iaitu 316,000," katanya.

Beliau berharap, penguatkuasaan yang dilaksanakan dapat meningkatkan jumlah pendaftaran SKSPS di bawah Akta 789 agar kebajikan pekerja dan tanggungan mereka dilindungi.