Azmin sokong Tun M jadi PM hanya pandangan peribadi

 Mahathir Mohamad, Mohamed Azmin Ali
Mahathir Mohamad, Mohamed Azmin Ali
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sokongan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya beliau perlu diberi peluang memimpin kerajaan hingga ke akhir penggal hanyalah pendapat peribadi pemimpin itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan akan meletakkan jawatan seperti yang sudah dibincangkan, namun bergantung kepada tempoh bersesuaian.

“Itu dia punya pendapat supaya saya teruskan tapi saya sudah berjanji untuk letak jawatan pada masa yang sesuai.

“Mungkin dua atau tiga tahun. Saya tidak tahu. Tapi kita sedang bergerak ke arah itu,” katanya pada sidang akhbar Persidangan Meja Bulat bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa anjuran Talent Corp di sini hari ini.

Khamis lalu, Mohamed Azmin membuat kenyataan bahawa Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

ARTIKEL BERKATAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan UMNO menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada konflik dalam PKR perlu diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Mahathir berkata, itu masalah dalam parti itu.

Artikel Berkaitan: