Maut ditetak kerana dendam lama

Lokasi kejadian menyebabkan mangsa berusia 33 tahun maut selepas ditetak sekumpulan lelaki berdekatan kuil Batu Caves, dekat Gombak, semalam.
Lokasi kejadian menyebabkan mangsa berusia 33 tahun maut selepas ditetak sekumpulan lelaki berdekatan kuil Batu Caves, dekat Gombak, semalam.
A
A
A

GOMBAK - Seorang juruteknik pendingin hawa maut ditetak sekumpulan lelaki berparang dalam kejadian berdekatan kuil Batu Caves, dekat Gombak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, kira-kira 20 lelaki menaiki 10 buah kenderaan tanpa nombor pendaftaran bertindak menyerang mangsa berusia 33 tahun bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun, rakan mangsa berusia 35 tahun dilapor hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital akibat parah di bahagian badan.

"Bertindak atas maklumat, empat lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai berada di lokasi kejadian ketika serangan itu berlaku telah ditahan.

"Ada suspek yang bekerja sebagai pembungkus sayur dan pemandu Grab, manakala selebihnya adalah penganggur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati dendam lama adalah dipercayai menjadi punca kejadian itu.

Katanya, kesemua suspek kini direman selama enam hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: