Anwar perlu jadi PM sebelum PRU15

Aminudin menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seremban hari ini.
Aminudin menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kesepakatan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu bagi memberi laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Perdana Menteri kelapan perlu direalisasikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun berkata, setiap apa yang dipersetujui sebelum PRU14 itu perlu dipegang dan ditunaikan termasuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun pemerintahan.

“PH setelah bersetuju sebelum PRU14 lalu, jadi mereka perlu akur," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyokong supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15.

Menurut kenyataan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu, Aminuddin berkata, terpulang kepada Mohamed Azmin untuk memberi pendapatnya.

"Tetapi bagi saya, saya tetap dengan pendirian bahawa segala keputusan yang dibuat oleh PH sebelum menang PRU14 lalu perlu dipegang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Artikel Berkaitan: