Tak sempat pulang ke rumah

Keadaan kenderaan jenis Nissan frontier selepas kemalangan.
Keadaan kenderaan jenis Nissan frontier selepas kemalangan.
A
A
A

JEMPOL - Seorang warga emas tidak sempat pulang ke rumah selepas kereta yang dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 11 jalan Bahau-Kemayan berhampiran sebuah stesen minyak di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, mangsa, Abd Rahman Md Yusof, 61, memandu kereta jenis Proton Wira, maut setelah dirempuh sebuah kereta lain.

"Kejadian berlaku jam 7.55 pagi dan mangsa dipercayai baru selesai mengisi minyak di stesen minyak di Bandar Seri Jempol.

Lokasi kejadian di Kilometer 11, di Bandar Seri Jempol.
Lokasi kejadian di Kilometer 11, di Bandar Seri Jempol.

"Ketika hendak keluar simpang dan menghala ke Ayer Hitam, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Nissan Frontier dari arah Bahau yang melanggar sisi kanan kenderaan mangsa sebelum merempuh warung yang berada di bahu jalan," katanya mengesahkan laporan hari ini.

Muhd Nurhishamuddin berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Jempol.

"Manakala pemandu kereta jenis Nissan Frontier berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: