Sinar Harian sambut ulang tahun ke-13

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-13 Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf hari ini disambut sederhana tetapi meriah dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada kakitangan Sinar Harian. - FOTO ROSLI TALIB

A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-13 Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf hari ini disambut sederhana tetapi meriah dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada kakitangan Sinar Harian.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli ucapan Pengarah Urusan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Eksekutif Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali sebelum diteruskan dengan acara memotong kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun.

Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Mohamad Nasir Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohamed Izam Mohamed Yusof; Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pegawai Operasi Ideaktif, Syamil Fahim Mohamed Fahim dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharum Mahusin.

Hussamuddin menyampaikan amanat pada sambutan ulang tahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB
Hussamuddin menyampaikan amanat pada sambutan ulang tahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB

Hadir sama, bekas Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed dan bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin.

Selain meraikan ulang tahun ke-13, Sinar Harian turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 15 individu terawal yang menjadi tunggak penggerak ketika penerbitan Sinar Harian di Kelantan.

Hussamuddin (tiga dari kiri) bersama bersama sebahagian kakitangan yang berkhidmat dengan Sinar Harian sejak 13 tahun sempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB
Hussamuddin (tiga dari kiri) bersama bersama sebahagian kakitangan yang berkhidmat dengan Sinar Harian sejak 13 tahun sempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB

Majlis turut mendapat penajaan daripada Restoran dan Katering Seri Keningau, Acorn Communications Sdn Bhd, LATAR Expressway, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Starbucks Malaysia, Tony Roma's, Suka Sucre Bistro oleh Datuk Cef Fazley Yaakob, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis; Mohd Zawawi Ahmad Mughni; Just Lorry; Origina oleh PS Food & Beverage Sdn Bhd; Hotel Bluewave; Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Hospital Pakar An-Nur, Bangi; Asam Pedas Meraung dan JV Empire, Ampang.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Hussamuddin berharap, Sinar Harian akan terus berusaha mengekalkan kredibiliti sebagai sebuah akhbar yang selari dengan objektif kewujudannya sejak 13 tahun lalu menerusi pengisian lebih matang dan menjadi penentu hala tuju masa depan masyarakat dan negara.

"Sinar Harian akan terus berdiri sebagai media yang bebas, berani, tidak berat sebelah dan jujur dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.

Pengurus Besar Lebuhraya Latar, Tai Kean Sin menyampaikan kek kepada Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin sempena ulangtahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB
Pengurus Besar Lebuhraya Latar, Tai Kean Sin menyampaikan kek kepada Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin sempena ulangtahun Sinar Harian yang ke-13. - FOTO ROSLI TALIB