Ilmu bantu umat Islam tidak berkemampuan tunai umrah

Persatuan Pendorong Kemajuan Ilmu dan Pendidikan Malaysia (Ilmu) melancarkan Program Umrah Amal Wawasan 2020
Persatuan Pendorong Kemajuan Ilmu dan Pendidikan Malaysia (Ilmu) melancarkan Program Umrah Amal Wawasan 2020
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Pendorong Kemajuan Ilmu dan Pendidikan Malaysia (Ilmu) melancarkan Program Umrah Amal Wawasan 2020 - Impian Lambaian Baitullah bertujuan membantu umat Islam yang tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah pada tahun depan.

Penasihat Program Umrah Amal Wawasan 2020, Datuk Azuan Latib berkata, pihaknya menyasarkan untuk membawa peserta program itu antara bulan Januari hingga November.

"Cadangan ini nanti bergantung kepada persetujuan bersama daripada pihak terlibat terutamanya daripada pejabat Perdana Menteri serta bakal-bakal penaja mengikut kesesuaian dan keadaan kewangan semasa tabung tajaan yang bakal di lancarkan sedikit masa lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Ilmu dengan syarikat Cahaya Delima Travel & Tours Sdn. Bhd., syarikat Wyn Wyn Event Sdn. Bhd. dan P5G Resources Sdn Bhd.

Hadir sama Pengerusi ilmu tuan haji saharudin selaku pengerusi Program Umrah Amal Wawasan 2020, dan Pengarah Eksekutif Syarikat Cahaya Delima Travel & Tour Sdn. Bhd., Khalil Ramli.

Saharudin berkata, program tersebut mendapat sokongan positif daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Alhamdulillah kita juga telah berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Amal Malaysia airline untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi program ini.

"Kami berharap program ini akan dapat menarik lebih ramai penaja dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain agar dapat turut serta menjayakan matlamat program ini kelak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pihak Ilmu juga sudah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi memberikan pengecualian cukai kepada penaja program tersebut.