Polis nafi laporan forensik kes rogol amah hilang

Kenyataan yang dimuat naik oleh Facebook 1Malaysia Tolak DAP berkenaan kes rogol libatkan Exco Perak yang tular sejak semalam. Gambar kecil, Razarudin.
Kenyataan yang dimuat naik oleh Facebook 1Malaysia Tolak DAP berkenaan kes rogol libatkan Exco Perak yang tular sejak semalam. Gambar kecil, Razarudin.
A
A
A

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan kononnya laporan forensik berkaitan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan Exco Kerajaan Negeri telah hilang seperti dimuat naik pemilik akaun Facebook, 1Malaysia Tolak DAP.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kenyataan itu tidak benar apabila pihaknya masih menunggu laporan perubatan dan jabatan kimia sebelum diambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat berikutan tindakan pemilik itu yang membuat spekulasi berdasarkan kenyataan media Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

“Kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat pemilik Facebook 1Malaysia Tolak DAP tersebut merupakan satu fitnah yang mampu mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia yang telah menjalankan siasatan dengan telus dan teliti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan akan turut memanggil Seai Kie untuk diambil keterangan.

“PDRM ingin menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menidakkan ketelusan, keadilan dan nama baik PDRM terutamanya PDRM Perak,” katanya.

Artikel Berkaitan: