MIC Pahang jumpa pesuruhjaya Pas

V Arumugam (kiri) dan Rosli Jabar
V Arumugam (kiri) dan Rosli Jabar
A
A
A

KUANTAN - MIC Pahang sambut baik seruan Presidennya, Tan Sri Vineswaran yang mahu memastikan parti ini bersama-sama UMNO untuk menjalankan kerjasama dengan Pas sehingga ke peringkat akar umbi.

Pengerusi MIC Pahang V Arumugam berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengadakan perjumpaan bersama Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Jabar, Timbalannya, Andansura Rabu bersama ahli jawatankuasa parti itu di Kerdau, baru-baru ini.

"Kami bertemu dan berbincang pelbagai aktiviti yang disusun secara bersama sebagai tanda kesediaan untuk bekerjasama. Bermula dengan kerjasama dalam sambutan hari raya, banyak lagi program akan dilaksana antara MIC dan Pas.

"Selain itu semua peringkat MIC dan bahagian diseru untuk menjalinkan kerjasama. Di Pahang tiada masalah bagi MIC untuk mengatur kerjasama itu. Kita sudah sampaikan hasrat presiden parti yang terbuka untuk bekerjasama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam perkembangan lain, Arumugam berkata pihaknya menzahirkan takziah atas kehilangan seorang pemimpin MIC yang disegani iaitu Ketua MIC Bahagian Paya Besar Ramesh Ganesan yang meninggal dunia dipercayai terbabit kemalangan, baru-baru ini.

Pihaknya, termasuk presiden MIC turut memberikan sumbangan kepada keluarga mendiang dan berharap keluarga tabah menghadapi ujian.

Artikel Berkaitan: