Alahai... cantiknya Raja Permaisuri Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Di sebalik gemilangnya Istiadat Pertabalan Agong ke-16 yang diadakan hari ini, rata-rata netizen di laman sosial tertumpu kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cantik rupawan.

Ramai di antara mereka yang menyukai penampilannya yang bertudung litup dan nampak bersahaja mengenakan busana berwarna putih.

Paling menarik perhatian, ramai netizen memuji kecantikan luar biasa Tunku Azizah.

Dalam akaun Twitter @deluwani berkenaan Raja Permaisuri Agong turut menulis, cantiknya Raja Permaisuri Agong.

Pelayar Twitter @najihaamisnan pula menulis, "Cantiknya Raja Permaisuri Agong pakai baju warna putih".

@Teaqah pula menulis, Ya ALLAH cantiknya Raja Permasuri Agong. Eh! Romantiknya jalan pegang tangan.

CaramelAlmond pula berkongsi pandangannya dengan menulis, cantiknya Permaisuri Agong... lembut air muka, dari dahulu suka sangat fesyen dia. Very classy menutup aurat sempurna.

Ramai sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, baginda pernah berkongsi tentang durian, dan terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter.

Foto Tunku Azizah dan Agong yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati ditulis baginda.

"Maaf... terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dikongsi atau tidak.

"Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat pengantin baharu," tulis baginda.