Empat konsesi lebuh raya bergabung agih bantuan sekolah

Sazally (kiri) ketika melihat kanak-kanak yang mengambil peluang gunting rambut yang ditawar secara percuma.
Sazally (kiri) ketika melihat kanak-kanak yang mengambil peluang gunting rambut yang ditawar secara percuma.
A
A
A

SUBANG JAYA – Bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan, empat konsesi lebuh raya berganding bahu mengagihkan bantuan barangan keperluan sekolah kepada 128 murid sekolah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak dan Sprint, Sazally Saidi berkata, sumbangan bagi membantu penerima membuat persiapan sempena sesi sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, setiap kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Sijangkang, Klang; Rumah Kasih Harmoni, Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk Bukit Lanjan menerima sumbangan keperluan sekolah bernilai RM 200. Penerima bantuan turut ditawarkan khidmat gunting rambut secara percuma.

Sazally (kiri) ketika melihat kanak-kanak yang mengambil peluang gunting rambut yang ditawar secara percuma.
Sazally (kiri) ketika melihat kanak-kanak yang mengambil peluang gunting rambut yang ditawar secara percuma.

“Program bantuan ini dianjur dengan kerjasama pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Smart. Sebanyak RM 46,000 dibelanjakan untuk program tersebut.

“Langkah proaktif ini dianjur setiap tahun, bersesuaian dengan niat kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat. Kami harap menerusi program kemasyarakatan seperti ini dapat ringan beban keluarga penerima sekaligus penuhi tanggungjawab korporat sosial,”katanya selepas mengagih bantuan di Kompleks Operasi Litrak, Subang Jaya, di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Sr Aziz Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Kesas, Mohamed Shah Samin dan Ketua Pegawai Operasi Smart Tunnel, Sharifah Alauyah Wan Othman.

Beliau berkata, setiap pertubuhan yang terlibat turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM 1,000.

Artikel Berkaitan: