Identiti mangsa rentung dalam kabin dikenal pasti

Remaja terbabit ditemui rentung dalam kebakaran kabin pekerja di tapak pembinaan kilang di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa pagi tadi.
Remaja terbabit ditemui rentung dalam kebakaran kabin pekerja di tapak pembinaan kilang di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa pagi tadi.
A
A
A

HULU SELANGOR - Mangsa yang rentung dalam kebakaran kabin di tapak pembinaan kilang di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa awal pagi tadi dikenal pasti sebagai anak kepada seorang pengawal keselamatan.

Mangsa, J Dineshwaran, 17, ditemui rentung dalam kabin berkenaan pada jam 5.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa yang beralamat di Taman Rasa Indah itu menemani bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, mangsa tidur sendirian di dalam kabin tersebut dengan menyalakan lilin.

"Punca kebakaran masih belum diketahui dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kabin pekerja terbakar, seorang mangsa rentung

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kabin pekerja berkeluasan 10x15 kaki persegi dengan kemusnahan 100 peratus.

Artikel Berkaitan: