10 lelaki serang dua beradik di Kepong

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 10 lelaki menyerang dua beradik di sebuah kedai di Kepong semalam menyebabkan kedua-dua mereka cedera pada kepala, muka dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Heisham Harun berkata sekumpulan lelaki berkenaan menyerang dua adik-beradik lelaki itu menggunakan pelbagai peralatan termasuk kerusi dan ‘fox lock’.

"Kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis sedang mengenal pasti identiti penyerang dan menyiasat motif serangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: