Batu nisan Makam Laksamana Bentan dicabut

Keadaan batu nisan di Makam Laksamana Bentan yang tercabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan batu nisan di Makam Laksamana Bentan yang tercabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kawasan peninggalan sejarah Makam Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan di Kampung Kelantan di sini menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila batu nisannya dicabut.

Kurator Bahagian Pemuziuman Yayasan Warisan Johor, Wasfi Mirza Othman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui puncanya.

Batu nisan Makam Laksamana Bentan dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Batu nisan Makam Laksamana Bentan dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami dapati batu nisan di makam itu dikorek dan dicabut.

“Bagaimanapun tindakan tersebut tidak melibatkan penggalian kubur hanya melibatkan batu nisan sahaja.

“Kita ambil maklum dan akan bekerjasama dengan polis serta membawa perkara ini ke peringkat daerah untuk penambahbaikan atau pengawasan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, orang ramai yang melihat kejadian mencurigakan di kawasan makam tersebut diharap dapat memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berwajib.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan batu nisan yang telah tercabut itu telah diletakkan kembali pada kedudukannya hasil inisiatif orang awam yang prihatin.